Buah Jentik
Tahukah anda apa itu buah jentik?
Pada zaman kanak-kanak, semasa musim buah-buahan terdapat sejenis buah yang dikenali sebagai buah jentik. Kulit buah ini berwarna kuning jingga dan isinya berwarna merah.
Buat masa ini agak sukar nak mencari buah jentik ini. Setahu saya buah ini bukanlah buah yang ditanam secara komersial tetapi hanya boleh didapati di dusun yang agak 'tua', ataupun pokok ini besar kemungkinan tumbuh secara 'liar'.
Kenapakah buah ini dikenali sebagai buah jentik? Sebenarnya untuk memakan buah ini kita perlu menanggalkan kulitnya dahulu, dan cara untuk menanggalkan kulitnya ialah dengan menjentik pada bahagian kulitnya sehingga ia pecah dan jatuh. Ini akan mendedahkan isinya yang biasanya tiga atau empat 'ulas' yang akan tergantung pada tangkai di dalam.
Apabila saya bertanya rakan-rakan dari selatan Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak, sebahagian besar mereka tidak tahu kewujudan buah ini.
Adakah buah ini hanya tumbuh di utara Semenanjung Malaysia?